Tuesday 14 January 2014

Kursus Pengurusan Jenazah


Salam,

Berminat sertai kursus pengurusan jenazah?

Tarikh: 25 januari 2014
Masa: 10 pagi
Bayaran : RM60.00

* Sijil penyertaan dan makanan disediakan



Tuesday 7 January 2014

Menziarahi dan Berdoa di Kubur



             Menziarahi kubur ibu bapa dan saudara mara kita yang sudah meninggal dunia adalah amalan yang dianjurkan dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata:

“Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang hendaklah kamu menziarahi kubur”.  (Hadis riwayat Muslim daripada Burdah bin Hushaib al-Aslami).

            Menziarahi kubur adalah salah satu cara berbakti kepada orang tua yang sudah meninggal dunia.Sebaik-baiknya kita pergi pada hari Jumaat, Khamis ataupun Sabtu seperti yang dijelaskan dalam hadis berikut. Muhammad bin Nu’man merekodkan, Nabi Muhammad s.a.w berkata :

“Siapa yang menziarahi kubur ibu bapanya pada setiap hari Jumaat, Allah mengampunkan dosanya dan mencatatkannya sebagai anak yang berbakti.” (Hadis laporan Baihaqi)

            Muhammad bin Washi berkata “Aku mendengar orang yang berada di dalam kubur mengenal orang-orang yang menziarahinya pada hari Jumaat, Khamis dan pagi Sabtu.” (Hadis laporan Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi)    

Nabi Muhammad s.a.w menyatakan orang tua ataupun ahli kubur berasa gembira apabila anak-anak mereka ataupun kaum kerabatnya datang menziarahi kuburnya. Nabi berkata:

Apa yang membahagiakan orang mati di dalam kubur adalah apabila orang yang dikasihinya di dunia datang menziarahinya.”

           Mengapa mereka berasa bahagia apabila orang yang mereka kasihi datang menziarahi kubur mereka? Imam al-Dailami merekodkan, Nabi Muhammad s.a.w pernah menjelaskan, orang yang berada di dalam kubur umpama orang yang tenggelam.Oleh itu, mereka memerlukan pertolongan iaitu doa daripada orang yang mengasihinya iaitu anak-anak dan saudara-saudaranya. Perasaan bahagia yang mereka rasakan dengan doa itu melebihi kebahagiaan berjumpa di alam dunia.

            Kita perlu berbakti kepada orang tua dengan sempurna, baik ketika masih hidup mahupun selepas mereka meninggal dunia. Oleh sebab itu, selepas mereka tiada lagi di dunia ini, kita perlu mengikuti anjuran Nabi Muhammad s.a.w dengan menziarahi kubur mereka menurut adab-adab yang betul. Antaranya adalah seperti berikut:


1)      Mengucapkan salam kepada ahli kubur

            Nabi memberikan pesanan kepada kita supaya kita mengucapkan salam apabila sampai di kawasan kubur. Abu Hurairah mengatakan, “Abu Razim pernah bertanya kepada nabi, ‘Ya Rasulullah, apakah yang perlu aku katakana kepada ahli kubur sekiranya aku melalui kawasan perkuburan?’ Nabi menjawab:

Katakanlah, ‘Selamat sejahtera atas kamu wahai ahli kubur yang terdiri dari kaum muslimin dan mukminin. Kamu mendahului kami dan kami pasti mengikuti kamu, Insya-Allah’. Abu Razin bertanya lagi. ‘Adakan mereka mendengar kata-kata kita itu ya rasul?’

Jawab nabi, “Ya, mereka mendengar tetapi tidak boleh menjawab”. Kemudian nabi berkta, “Hai Abu Razin, adakah kamu tidak suka apabila malaikat seramai orang yang berada di dalam kubur itu menjawab salammu?”


2)      Membacakan Surah al-Fatihah dan menghadiahkannya untuk ahli kubur dan membacakan ayat-ayat Quran, berzikir serta berdoa.

               Muhammad bin Ahmad al-Mirwazi berkata, “Aku mendengar Imam Ahmad bin Hanbal berkata, ‘ Sekiranya kamu memasuki kawasan tanah perkuburan, bacalah Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas dan Surah al- Falaq dan surah an-Nas. Kemudian hadiahkan pahalanya kepada ibu bapamu yang berada di kubur itu. Pasti pahalamu sampai kepada mereka. Sebaik-baiknya, berdoalah dengan mengucapkan, Ya, Allah, sampaikanlah pahala bagi apa yang aku ucapkan itu kepada si polan (ahli kubur).”

             Adakah pahala doa,zikir dan bacaan ayat  Quran kita sampai kepada ahli kubur? Berdasarkan keterangan-keterangan yang ada, semua bacaan ataupun ucapan termasuk bacaan Quran, zikir, tahlil, tahmid, tasbih dan doa, semuanya sampai kepada ahli kubur. Semua itu membahagiakan mereka.

            Sehubungan itu, ada satu kisah yang disebut di dalam kitab Irsyadul Ibad. Ia diceritakan oleh seorang ahli ibadah. Beliau bercerita, “ Aku bermimpi melihat ramai ahli kubur keluar dari kubur mereka dan mengutip sesuatu. Antara mereka, ada seorang ahli kubur yang hanya duduk di atas kuburnya dan tidak mengambil apa-apa. Aku pun mendekatinya dan bertanya, ‘Apakah yang mereka ambil itu?’

            Dia menjawab, ‘Kiriman hadiah daripada kaum muslimin iaitu bacaan Quran ataupun doa.’

            Lalu aku bertanya lagi, “Mengapa kamu tidak ikut sama mengambilnya?”

                        “Aku sudah cukup,” jawabnya.

                        Aku tidak memahami maksudnya dan bertanya, “ Bagaimana?”

            Dia berkata, ‘Setiap hari, anankku mengirimkan hadiah untukku. Dia menjual kuih di pasar.’
Keesokan paginya, aku pergi ke pasar dan mencari anak ahli kubur yang aku mimpikan malam tadi. Ternyata anakknya seorang pemuda. Aku melihat bibirnya asyik terkumat-kumit. Aku bertanya kepadanya, Mengapakah bibirmu asyik bergerak?’

Dia menjawab, “Aku mengucapkan ayat-ayat Quran dan aku hadiahkannya untuk ayahku yang sudah meninggal dunia.”

Tidak lama selepas itu, aku bermimpi lagi. Aku melihat orang mati di dalam kubur keluar dan orang yang duduk dahulu turut mengambil kiriman ayat-ayat Quran dan doa seperti kawan-kawannya. Apabila aku terbangun dari tidur,aku segera pergi ke pasar dan mencari anakkya yang menjual kuih itu.Apabila aku sampai di situ, ada orang yang memberitahuku, pemuda itu sudah meninggal dunia.”

Di dalam kitab yang sama, terdapat suatu lagi kisah berkenaan seorang wanita yang meninggal dunia. Ada orang yang mengenalinya, bermimpikannya. Dalam mimpi itu dia melihat wanita itu sedang duduk di atas katil dan di bawahnya terdapat banyak bejana dari nur yang tertutup. Apabila ada orang yang bertanya apakah bejana itu, wanita itu menjawab, “Hadiah daripada suamiku.” 

Keesokan harinya, orang yang bermimpi itu pergi kerumah wanita itu dan menceritakan mimpinya kepada suami wanita itu. Suaminya berkata, Semalam, aku membaca Quran dan menghadiahkan untuknya.”


 Credit to Dasyatnya Doa Ibu

SYAMSUDDIN  NOOR

Sunday 5 January 2014

Serkop kepala










Description
-Menutup aurat muka (dagu lembut dan anak rambut)

- Boleh digunakan sebagai anak telekung

- Mudah dibawa, ringan dan cepat kering apabila dibasuh


Material
- Jersey

Colour
-Black and White 

Thursday 2 January 2014

SET BARANGAN UMRAH





PAKEJ A
Bil Produk Kuantiti
1 Baju zip poket lengan pendek 2
2 Balm bibir 1
3 Balm tumit 1
4 Cawat (tidak berjahit)set 1
5 Deodoran 1
6 Kain basahan mndi 1
7 Kain Ehram sapasang
8 Manicure 1
9 Sabun mandi ehram 1
10 Sarung beg jc 1
11 Seluar panjang 2
12 Tag bag 1
13 Tali pinggang 1
14 Tali rajut nylon 1
15 Uncang kasut 1
16 Wudhu spray 1
JUMLAH  RM 380.00



PAKEJ B

Bil Produk Kuantiti
1 Balm bibir 1
2 Balm tumit 1
3 Cawat (tidak berjahit)set 1
4 Kain basahan mandi 1
5 Kain ehram sepasang
6 Manicure 1
7 Sarung beg jc 1
8 Seluar panjang 2
9 Tali pinggang 1
10 Uncang kasut 1
11 wudhu spray 1
JUMLAH  RM 260.00




PAKEJ C

Bil Produk Kuantiti
1 Kain ehram sepasang
2 Kain basahan mandi 1
3 Balm tumit 1
4 Cawat (tidak berjahit)set 1
5 Manicure 1
6 Sarung beg jc 1
7 Tali pinggang 1
8 Uncang kasut 1
9 Wudhu spray 1
JUMLAH   RM 190.00




PAKEJ D

Bil Produk  Kuantiti 
1 Kain ehram 1
2 Balm tumit 1
3 Cawat (tidak berjahit) 1
4 Tali pinggang 1
5 Uncang kasut 1
6 Wudhu spray 1

JUMLAH  RM 150



SET UMRAH JEMAAH PEREMPUAN


PAKEJ A

Bil Produk Kuantiti
1 Baby tel smoking getah 1
2 Balm bibir 1
3 Balm tumit 1
4 Deodaran 1
5 Kain basahan mandi 1
6 Krim haji 1
7 Krim muka 1
8 Manicure 1
9 Mini telekung lycra 1
10 Sabun mandi ehram 1
11 Sarung beg jc 1
12 Sarung lengan lycra 1
13 Serkop aurat jc 1
14 Stokin hajjah  1
15 Stokin wudhu  1
16 Stokn saie 1
17 Tag bag 1
18 Tali rajut beg  1
19 Tudung ziarah 1
20 Uncang kasut 1
21 Wudhu' spray 1
JUMLAH  RM 420.00




PAKEJ B

Bil Produk Kuantiti
1 Baby telekung jc 1
2 Balm bibir 1
3 Balm tumit 1
4 Deodoran 1
5 Kain basahan mandi 1
6 Manicure 1
7 Mini telekung jc 1
8 Sabun mandi ehram 1
9 Sarung beg jc 1
10 Sarung lengan cotton getah 1
11 Serkop aurat jc 1
12 Stokin saie 1
13 Stokin wudhu 1
14 Tali rajut nylon 1
15 Uncang kasut 1
16 Wudhu spray 1
JUMLAH  RM 270.00





PAKEJ C

Bil Produk Kuantiti
1 Baby telekung jc 1
2 Kain basahan mandi 1
3 Mini telekung getah tali 1
4 Sarung beg jc 1
5 Sarung lengan getah cotton 1
6 Serkop aurat jc 1
7 Stokin saie 1
8 Stokin wudhu 1
9 Uncang kasut 1
10 Wudhu spray 1
JUMLAH  RM 180.00





PAKEJ D

Bil Produk Kuantiti
1 Mini telekung  1
2 Sarung lengan getah cotton 1
3 Serkop aurat jc 1
4 Stokin saie 1
5 Stokin hajjah 1
6 Stokin wudhu 1
7 Uncang kasut 1
8 Wudhu spray 1


JUMLAH  RM 150.00
     

STOKIN WUDHU'





-Sangat selesa dan mudah untuk dibuka
- Boleh dibuka dibahagian hadapan
- Tidak perlu menanggalkan keseluruhan stokin untuk mengambil wudhu’
- Menggunakan kain lycra
- Tidak nampak bayang kaki
-Panjang stokin sehingga ke paras betis
-Didatangkan dalam warna hitam
- Mempunyai saiz 6 dan 7