Menziarahi kubur ibu bapa dan saudara mara kita yang
sudah meninggal dunia adalah amalan yang dianjurkan dalam Islam. Nabi Muhammad
s.a.w pernah berkata:
“Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang hendaklah
kamu menziarahi kubur”. (Hadis riwayat
Muslim daripada Burdah bin Hushaib al-Aslami).
Menziarahi kubur adalah salah satu cara berbakti
kepada orang tua yang sudah meninggal dunia.Sebaik-baiknya kita pergi pada hari
Jumaat, Khamis ataupun Sabtu seperti yang dijelaskan dalam hadis berikut. Muhammad
bin Nu’man merekodkan, Nabi Muhammad s.a.w berkata :
“Siapa yang menziarahi kubur ibu bapanya pada setiap hari Jumaat, Allah
mengampunkan dosanya dan mencatatkannya sebagai anak yang berbakti.” (Hadis
laporan Baihaqi)
Muhammad
bin Washi berkata “Aku mendengar orang yang berada di dalam kubur mengenal
orang-orang yang menziarahinya pada hari Jumaat, Khamis dan pagi Sabtu.” (Hadis
laporan Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi)
Nabi Muhammad
s.a.w menyatakan orang tua ataupun ahli kubur berasa gembira apabila anak-anak
mereka ataupun kaum kerabatnya datang menziarahi kuburnya. Nabi berkata:
Apa yang membahagiakan orang mati di dalam kubur adalah apabila orang
yang dikasihinya di dunia datang menziarahinya.”
Mengapa mereka berasa bahagia apabila orang yang
mereka kasihi datang menziarahi kubur mereka? Imam al-Dailami merekodkan, Nabi
Muhammad s.a.w pernah menjelaskan, orang yang berada di dalam kubur umpama
orang yang tenggelam.Oleh itu, mereka memerlukan pertolongan iaitu doa daripada
orang yang mengasihinya iaitu anak-anak dan saudara-saudaranya. Perasaan
bahagia yang mereka rasakan dengan doa itu melebihi kebahagiaan berjumpa di
alam dunia.
Kita
perlu berbakti kepada orang tua dengan sempurna, baik ketika masih hidup
mahupun selepas mereka meninggal dunia. Oleh sebab itu, selepas mereka tiada
lagi di dunia ini, kita perlu mengikuti anjuran Nabi Muhammad s.a.w dengan
menziarahi kubur mereka menurut adab-adab yang betul. Antaranya adalah seperti
berikut:
1)
Mengucapkan salam kepada ahli kubur
Nabi memberikan pesanan kepada kita
supaya kita mengucapkan salam apabila sampai di kawasan kubur. Abu Hurairah
mengatakan, “Abu Razim pernah bertanya kepada nabi, ‘Ya Rasulullah, apakah yang
perlu aku katakana kepada ahli kubur sekiranya aku melalui kawasan perkuburan?’
Nabi menjawab:
Katakanlah,
‘Selamat sejahtera atas kamu wahai ahli kubur yang terdiri dari kaum muslimin
dan mukminin. Kamu mendahului kami dan kami pasti mengikuti kamu, Insya-Allah’.
Abu Razin bertanya lagi. ‘Adakan mereka mendengar kata-kata kita itu ya rasul?’
Jawab
nabi, “Ya, mereka mendengar tetapi tidak boleh menjawab”. Kemudian nabi berkta,
“Hai Abu Razin, adakah kamu tidak suka apabila malaikat seramai orang yang
berada di dalam kubur itu menjawab salammu?”
2)
Membacakan Surah al-Fatihah dan menghadiahkannya
untuk ahli kubur dan membacakan ayat-ayat Quran, berzikir serta berdoa.
Muhammad bin Ahmad al-Mirwazi
berkata, “Aku mendengar Imam Ahmad bin Hanbal berkata, ‘ Sekiranya kamu
memasuki kawasan tanah perkuburan, bacalah Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas
dan Surah al- Falaq dan surah an-Nas. Kemudian hadiahkan pahalanya kepada ibu
bapamu yang berada di kubur itu. Pasti pahalamu sampai kepada mereka.
Sebaik-baiknya, berdoalah dengan mengucapkan, Ya, Allah, sampaikanlah pahala
bagi apa yang aku ucapkan itu kepada si polan (ahli kubur).”
Adakah pahala doa,zikir dan bacaan
ayat Quran kita sampai kepada ahli
kubur? Berdasarkan keterangan-keterangan yang ada, semua bacaan ataupun ucapan
termasuk bacaan Quran, zikir, tahlil, tahmid, tasbih dan doa, semuanya sampai
kepada ahli kubur. Semua itu membahagiakan mereka.
Sehubungan
itu, ada satu kisah yang disebut di dalam kitab Irsyadul Ibad. Ia diceritakan
oleh seorang ahli ibadah. Beliau bercerita, “ Aku bermimpi melihat ramai ahli
kubur keluar dari kubur mereka dan mengutip sesuatu. Antara mereka, ada seorang
ahli kubur yang hanya duduk di atas kuburnya dan tidak mengambil apa-apa. Aku
pun mendekatinya dan bertanya, ‘Apakah yang mereka ambil itu?’
Dia
menjawab, ‘Kiriman hadiah daripada kaum muslimin iaitu bacaan Quran ataupun
doa.’
Lalu
aku bertanya lagi, “Mengapa kamu tidak ikut sama mengambilnya?”
“Aku
sudah cukup,” jawabnya.
Aku
tidak memahami maksudnya dan bertanya, “ Bagaimana?”
Dia
berkata, ‘Setiap hari, anankku mengirimkan hadiah untukku. Dia menjual kuih di
pasar.’
Keesokan
paginya, aku pergi ke pasar dan mencari anak ahli kubur yang aku mimpikan malam
tadi. Ternyata anakknya seorang pemuda. Aku melihat bibirnya asyik
terkumat-kumit. Aku bertanya kepadanya, Mengapakah bibirmu asyik bergerak?’
Dia menjawab,
“Aku mengucapkan ayat-ayat Quran dan aku hadiahkannya untuk ayahku yang sudah
meninggal dunia.”
Tidak lama
selepas itu, aku bermimpi lagi. Aku melihat orang mati di dalam kubur keluar dan
orang yang duduk dahulu turut mengambil kiriman ayat-ayat Quran dan doa seperti
kawan-kawannya. Apabila aku terbangun dari tidur,aku segera pergi ke pasar dan
mencari anakkya yang menjual kuih itu.Apabila aku sampai di situ, ada orang
yang memberitahuku, pemuda itu sudah meninggal dunia.”
Di dalam
kitab yang sama, terdapat suatu lagi kisah berkenaan seorang wanita yang
meninggal dunia. Ada orang yang mengenalinya, bermimpikannya. Dalam mimpi itu
dia melihat wanita itu sedang duduk di atas katil dan di bawahnya terdapat
banyak bejana dari nur yang tertutup. Apabila ada orang yang bertanya apakah
bejana itu, wanita itu menjawab, “Hadiah daripada suamiku.”
Keesokan harinya,
orang yang bermimpi itu pergi kerumah wanita itu dan menceritakan mimpinya
kepada suami wanita itu. Suaminya berkata, Semalam, aku membaca Quran dan
menghadiahkan untuknya.”
Credit to Dasyatnya Doa Ibu
SYAMSUDDIN
NOOR