Monday 11 June 2012

Doa




Berdoalah, kerana doa itu senjata bagi orang mukmin... :)

Sunday 10 June 2012

SIAPAKAH YANG WAJIB MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH?


Orang yang wajib mengerjakan haji dan umrah ialah orang mukallaf yang berkemampuan iaitu mempunyai perbelanjaan untuk dirinya dan orang yang ditanggungnya samada yang pergi bersamanya atau yang ditinggalkan, sihat tubuh badan , ada kenderaan , aman perjalanan dan tidak kesuntukan masa. 


Orang perempuan perlu ada mahram atau pergi dalam kumpulan ramai wanita. Wanita yang bersuami perlu mendapat keizinan suami. 


Orang yang berhutang yang hutangnya perlu dibayar pada masa dia hendak pergi, perlu membayar hutangnya. Kalau hutangnya bertangguh, perlu ada penjamin atau mendapat izin dari yang memberi hutang.

Friday 2 March 2012

APAKAH PERBEZAAN ANTARA HAJI DAN UMRAH?



*Haji mesti di lakukan pada masa tertentu iaitu mulai daripada 1 Syawal Syawal hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah, manakala umrah boleh di kerjakan pada bila-bila masa.

*Haji memerlukan wukuf di Arafat pada hari 9 Zulhijjah tetapi umrah tidak ada wukuf.

* Dalam amalan haji termasuk bermalam di Muzdalifah dan di Mina juga melontar jamrah, manakala umrah tidak merangkumi semua amalan tadi.

Thursday 16 February 2012

WAJIB HAJI DAN UMRAH



Wajib Haji
  1. Niat ihram di Miqat
  2. Bermalam di Muzdalifah
  3. Melontar Jumrah 'Aqabah'
  4. Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah,
  5. Melontar ketiga-tiga Jumrah pada hari tasyriq, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah dan,
  6. Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram





Wajib Umrah



  1. Niat ihram di Miqat
  2. Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram

Wednesday 15 February 2012

RUKUN HAJI DAN RUKUN UMRAH


Rukun Haji


-Niat mengerjakan haji
-Wukuf di Arafah
-Tawaf di Baitillahi Haram
-Saei antara Safa dan Marwah
-Bercukur
-Tertib




Rukun Umrah


-Niat mengerjakan Umrah
-Tada Wukuf
-Tawaf di Baitillah
-Saei antara Safa dan Marwah
-Bercukur
-Tertib

Monday 13 February 2012

SEJARAH HAJI




Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :

" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".

Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.

Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya (Tahun ke-7 Hijrah), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.

Thursday 9 February 2012