Syarat-syarat untuk menjadi wakil
atau mengambil upah menunaikan haji untuk orang lain ialah:-
- Orang itu telah pun menunaikan
fardu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya, Sebagaimana Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ibnu Abbas r.a bahawa
Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji:
" Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah".
Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: "Sudahkah engkau
mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri" ? Jawab lelaki itu,
"Belum". Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, kalau begitu
hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri engkau sendiri dahulu, kemudian
engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula" (Riwayat-Abu Daud dan Ibnu
Majah)
- Hendaklah melakukan fardu haji
untuk seorang sahaja bagi satu musim haji.
- Mestilah berihram pada miqat
orang yang dihajikan itu atau pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat
itu. Jika ditentukan kepadanya, maka hendaklah dia berihram pada sesuatu
miqat yang ditentukan, jika tidak ditentukan, maka haruslah bagi orang
yang mengambil upah itu berihram pada miqat yang dilaluinya. Bagi orang
yang berada di Mekah yang mengambil upah haji, maka wajiblah dia keluar
kepada miqat yang dihajikannya, atau boleh juga pada mana-mana miqat yang
lebih hampir kepadanya. Jika dia berihram daripada miqatnya (di Mekah)
nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.
No comments:
Post a Comment